LAPORAN portal Harian Metro semalam.
LAPORAN portal Harian Metro semalam.
Nor Amalina Alias


Pasir Puteh: Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tembak yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Telosan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, proses soal siasat masih dijalankan, bagaimanapun maklumat lain tidak dapat didedahkan buat masa ini.

"Kita tidak dapat berikan maklumat lain kerana mungkin akan mengganggu siasatan.

"Jika sudah lengkap (siasatan), kita akan berikan perkembangan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan lelaki berusia 27 tahun cedera di bahagian kaki kiri selepas terkena tembakan di sebuah rumah di sini.

Polis menerima laporan berhubung kejadian jam 5.45 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2023 @ 4:23 PM