DR Noor Hisham. FOTO Arkib NSTP
DR Noor Hisham. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan kes sembuh Covid-19 tertinggi hari ini apabila sebanyak 4,525 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif sembuh sehingga semalam adalah sebanyak 213,814 kes.

Menurutnya, kes baharu Covid-19 pula sebanyak 2,464 menjadikan jumlah kumulatif di negara ini sebanyak 264,269 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak tiga kes import manakala 2,461 kes tempatan membabitkan 1,705 warganegara dan 756 bukan warganegara.

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 49,490 kes.

"Seramai 260 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi dengan 111 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, tujuh kematian baharu membabitkan warganegara Malaysia direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kepada 965 kes atau 0.37 peratus daripada keseluruhan kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2021 @ 8:16 PM