GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan tidak mempunyai pengetahuan mengenai sumber dana dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihantar oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner.

Sumber mendedahkan, sehubungan itu, Rohana memulangkan keseluruhan AS$10 juta (RM44.26 juta) dan aset itu secara sukarela kepada kerajaan Malaysia.

Siasatan membabitkan Rohana berkaitan dengan dana 1MDB juga selesai dan tiada tindakan undang-undang susulan terhadapnya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan pemulangan wang itu ketika dihubungi.

Sehingga kini jumlah keseluruhan aset 1MDB yang berjaya dikembalikan adalah sebanyak RM28.93 bilion iaitu kira-kira 70 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2023 @ 6:18 PM