ZAMBRY Abdul Kadir. FOTO NSTP.
ZAMBRY Abdul Kadir. FOTO NSTP.
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan bertanding bagi jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menghantar borang permohonan bertanding jawatan tersebut di Ibu Pejabat Umno di sini, hari ini.

"Saya memohon sokongan dan dokongan daripada sahabat-sahabat sekalian untuk saya laksanakan tugas ini demi parti yang tercinta," katanya menerusi sebuah video.

Selain Zambry, beberapa pemimpin Umno turut mengumumkan telah menghantar permohonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Antaranya adalah penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut dilapor telah menghantar borang Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2023 @ 11:23 PM