Dr Muhamad Akmal mengisi borang bagi jawatan Ketua Pemuda Umno hari ini. FOTO Ihsan FB Dr Muhammad Akmal.
Dr Muhamad Akmal mengisi borang bagi jawatan Ketua Pemuda Umno hari ini. FOTO Ihsan FB Dr Muhammad Akmal.
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Naib Ketua Pemuda Umno Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda parti itu bagi sesi pemilihan kali ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu memaklumkan sudah menghantar permohonan untuk bertanding bagi jawatan berkenaan.

"Alhamdulillah selesai hantar borang untuk menawarkan khidmat saya sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia petang ni.

"Mohon doa dan bantu saya," katanya hari ini.

Sebelum ini, beberapa nama lain dikhabarkan menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan itu.

Antara yang menawarkan diri adalah Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Hasmuni Hassan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2023 @ 6:35 PM