ANTARA barangan perniagaan yang disita di sekitar Cheras. FOTO Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
ANTARA barangan perniagaan yang disita di sekitar Cheras. FOTO Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita lima premis dan memindahkan halangan 110 pelbagai barangan perniagaan seperti kerusi, meja, bangku plastik dan payung di sekitar Cheras.

DBKL dalam kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, tindakan itu diambil disebabkan ia diletakkan di tempat awam termasuk di atas jalan, parkir, siar kaki dan laluan pejalan kaki.

Katanya, operasi Tindakan Khas Pindah Halangan Di Tempat Awam Siri 10/2023 itu dijalankan pada Rabu melibatkan Taman Kas-Kas, Taman Connaught dan Taman Cheras, di sini.

"Tindakan penguatkuasaan diambil berkait kesalahan meletakkan peralatan perniagaan di tempat awam di bawah Seksyen 46(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974," katanya.

Menurutnya, kesemua peralatan perniagaan yang disita itu dibawa ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2023 @ 12:34 PM