Bas MRSM Kuala Lupis   terbabas dan terbalik  pada kira kira  jam 8.50 malam semalam  di kilometer  19, Jalan Lurah Bilut, Raub. FOTO Ihsan Bomba
Bas MRSM Kuala Lupis terbabas dan terbalik pada kira kira jam 8.50 malam semalam di kilometer 19, Jalan Lurah Bilut, Raub. FOTO Ihsan Bomba
Roselan Ab Malek


Bentong: Pemandu bas dan empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM) Kuala Lipis cedera apabila bas dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam kemalangan di kilometer 19, Jalan Lurah Bilut, Raub.

Terdapat 31 mangsa terdiri pemandu, tiga guru dan 27 peajar yang terbabit dalam kemalangan itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam semalam dan pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong seramai sembilan orang bergegas ke loksai kejadian bersama jentera RT dan EMRS.

Katanya, kemalangan itu membabitkan bas persiaran jenis Hino yang terbabas kerana melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan anggota Bomba bertindak dengan membuat pemantauan di sekitar lokasi kejadian.

"Terdapat 31 orang mangsa di dalam bas tersebut yang terdiri daripada pemandu, dua guru lelaki, (1) guru perempuan dan 15 pelajar lelaki serta 12 pelajar perempuan.

"Pemandu bas, seorang pelajar perempuan serta tiga pelajar lelaki mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh Pasukan Bomba Unit EMRS sebelum dibawa ke Hospital Bentong dengan menaiki ambulans pihak KKM.

Katanya, manakala mangsa yang terselamat dan tidak cedera dihantar ke MRSM Kuala Lipis dengan menggunakan bas yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2023 @ 2:15 PM