DATUK Dr Ahmad Zahid Hamidi membincangkan sesuatu dengan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin. FOTO Adam Arinin
DATUK Dr Ahmad Zahid Hamidi membincangkan sesuatu dengan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin. FOTO Adam Arinin
Hazsyah Abdul Rahman


Pitas: Mangsa banjir yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetap berpeluang menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia pendekatan baharu yang diambil kerajaan dalam membantu semua mangsa terjejas banjir di negara ini.

"Bagi mereka yang tidak dipindahkan tapi masih berada di kawasan rumah masing-masing, mungkin kerana rumah itu agak tinggi tapi kawasan kelilingnya itu banjir.

"Pendekatan baharu (pemberian wang ihsan) mengikuti garis panduan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pejabat daerah dan kita akan selesaikan," katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir dan menyampaikan BWI di Pitas, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, kelulusan terhadap bantuan itu bergantung kepada penelitian pihak berkuasa.

Sebelum ini, hanya mangsa banjir berdaftar di PPS diberikan BWI sebanyak RM1,000.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2023 @ 8:38 PM