Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal 2,019 mangsa setakat 4 petang ini.

Mereka terdiri daripada 637 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut portal Info Bencana JKM, 712 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, diikuti SK Gual Periok yang seramai 544 orang.

Seramai 256 orang di SK Kubang Kual (256 orang), PPS Putat Tujoh (157 orang), SK Sri Kiambang (234 orang), Masjid Mukim Padang Licin (69 orang) dan SK Kedai Tanjong (47 orang).

Sungai Golok di Rantau Panjang pula menunjukkan masih di paras amaran dengan 8.88 meter (m) berbanding 8.98m pada 9 pagi.

Bacaan Sungai Golok di Kuala Jambu pula menurun sedikit iaitu 2.04m berbanding 2.12m pada 9 pagi namun masih di paras berjaga-jaga.

Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) To' Deh. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) To' Deh. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2022 @ 6:11 PM