Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) To' Deh di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) To' Deh di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 2,006 orang setakat 3 petang, berbanding 2,012 mangsa pagi tadi.

Kesemua mereka daripada 634 keluarga itu ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Portal Info Bencana JKM memaklumkan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh mempunyai 712 mangsa, SK Gual Periok (544 orang), SK Kubang Kual (256 orang), PPS Putat Tujoh (157 orang) dan SK Sri Kiambang (234 orang).

Sejumlah 69 mangsa di PPS Masjid Mukim Padang Licin, manakala 34 orang di SK Kedai Tanjong.

Sementara itu, paras Sungai Golok di Rantau Panjang dilapor menurun namun masih melepasi paras amaran iaitu 8.43 meter (m).

Paras Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula sudah normal iaitu 1.98m.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Disember 2022 @ 3:30 PM