KERATAN laporan terdahulu.
KERATAN laporan terdahulu.
Norsyazwani Nasri


Miri: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menutup sementara Taman Bulatan Miri, Jalan Bulatan Park, di sini susulan kematian lelaki warga emas yang disengat tebuan, semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan, MBM memaklumkan penutupan kawasan riadah dan rekreasi itu selama dua hari hingga esok.

"Ini bagi memberi laluan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja menghapuskan sarang serangga berbisa itu, ahar tidak membahayakan pengunjung," katanya.

Media semalam melaporkan lelaki warga emas dikenali Chin Tet Min @ Tet Bui, 72, maut disengat tebuan ketika sedang beriadah di Taman Bulatan Miri.

Bomba menerima laporan kejadian pada 2.57 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral segera ke lokasi dan menemui mangsa terbaring dengan tebuan mengerumuni badan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 7:59 PM