GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Operasi laluan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang kembali seperti biasa selepas kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di landasan, diselesaikan.

Rapid KL menerusi Facebooknya berkata, kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan.

"Perkhidmatan tren sedang diselaraskan dan kekerapan akan kembali normal sebentar lagi.

"Terima kasih di atas kesabaran anda," katanya.

Terdahulu, Rapid KL memaklumkan perkhidmatan tren antara Stesen Phileo Damansara ke Pusat Bandar Damansara sedang mengalami kelewatan kerana kejadian pokok tumbang di atas landasan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2022 @ 10:44 AM