Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, pagi ini.

Baginda hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram.

Permaisuri Agong yang tiba kira-kira jam 11.35 pagi turut menyertai tahlil dan doa ringkas sebagai penghormatan terhadap jenazah dua anggota polis.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani Rohani turut hadir mewakili kerajaan negeri.

Terdahulu, kira-kira 500 anggota polis, kenalan dan waris menunaikan solat jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, pagi ini.

Solat jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said diadakan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, bermula jam 10.40 pagi tadi.

Solat jenazah diketuai oleh Imam Daerah Johor Bahru, Mohd Nazri Ali .

Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Berita berkaitan:

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendiri - Saifuddin

7 Individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Dedah nama anggota Balai Polis Ulu Tiram terkorban, PDRM zahir takziah

'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor - KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 12:34 PM