Aidil bersama isteri tersayangnya, Fasha Sandha. Foto dari Instagram Aidil Aziz
Aidil bersama isteri tersayangnya, Fasha Sandha. Foto dari Instagram Aidil Aziz
Oleh Zaara Talita


Kuala Lumpur : Pelakon Aidil Aziz menafikan dirinya mengikut telunjuk isteri, sebaliknya menegaskan Fasha Sandha tahu posisi sebagai isteri.

"Tidak sama sekali! Fasha tahu posisinya sebagai isteri dan ibu, jadi bagaimana dia hendak menjalankan tanggungajawabnya. 

"Saya rasa itu tidak seharusnya terjadi untuk kita mengikut telunjuk isteri. Kita sebagai ketua keluarga, kita perlu menjadi contoh dan jadi nakhoda dalam bahtera perkahwinan.

"Malah, kita juga seharusnya menjadi contoh sekiranya berdepan dengan mana-mana situasi. Jadi, tidak timbul isu sama sekali untuk saya mengikut telunjuk isteri.

"Dan secara peribadi, saya rasa perkara itu (dakwaan ikut telunjuk isteri) tidak betul sama sekali," katanya kepada Harian Metro.

Jelas Aidil lagi, dia juga mengenali baik sikap isterinya, Fasha yang menjalankan tanggungjawab di rumah sebelum keluar bekerja.

"Fasha bukan orang yang begitu (kawal suami), dia tahu posisinya sebagai isteri dan menghormati saya sebagai suami. Bagaimana cara kita hormati ibu bapa kita, begitu juga isteri menghormati suami.

"Malah, sebelum Fasha sibuk bekerja di lokasi penggambaran, dia akan menguruskan makan minum kami sekeluarga terlebih dahulu. Apa pun, dia tahu tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu," katanya.

Aidil yang bernikah dengan Fasha pada 2019, sebelum ini pernah juga didakwa menumpang populariti isterinya yang cukup terkenal sekali gus mempunyai peminat yang ramai.

Hasil perkongsian hidup Aidil dan Fasha, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira, selain Fasha juga mempunyai dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertamanya.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 12:20 PM