Saifuddin Nasution Ismail semasa sidang media berkenaan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini. foto BERNAMA
Saifuddin Nasution Ismail semasa sidang media berkenaan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini. foto BERNAMA
BERNAMA

Johor Bahru: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menziarahi Koperal Mohd Hasif Roslan di Hospital Sultan Ismail (HSI) yang tercedera dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, semalam.

Beliau tiba di HSI pada pukul 9.20 pagi tadi dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menyantuni anggota polis itu dan ahli keluarganya.

Turut mengiringi Saifuddin Nasution ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor CP M Kumar.

Saifuddin Nasution kemudian melawat lokasi insiden serangan itu yang terletak kira-kira 12 kilometer dari hospital berkenaan.

Dalam serangan pada 2.45 pagi semalam, tiga maut iaitu dua anggota polis Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, serta suspek berusia 21 tahun. Sementara Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak.

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 12:32 PM