PEMAIN tenis, Novak Djokovic. FOTO Agensi
PEMAIN tenis, Novak Djokovic. FOTO Agensi
AFP

Geneva: Bagi memastikan prestasinya di tahap terbaik, pemain nombor satu dunia Novak Djokovic memilih tiket 'wild card' untuk membolehkannya beraksi dalam kejohanan ATP Geneva minggu depan.

Difahamkan, Djokovic memilih beraksi di ATP Geneva duntuk menyelamatkan kemerosotan prestasi yang membimbangkan menjelang mempertahankan kejuaraan Terbuka Perancis.

Djokovic, yang akan berusia 37 tahun pada Rabu depan akan bersaing bersama pemain seperti Andy Murray dan pemain ranking ketujuh, Casper Ruud yang akan berlangsung di atas gelanggang tanah liat di Switzerland.

"Dia akan beraksi dalam pusingan kedua, sama ada pada Selasa atau Rabu depan," kata jurucakap kejohanan itu kepada AFP dengan bintang Serbia itu berkemungkinan memperoleh 'bye' pada pusingan pertama.

Untuk rekod, Djokovic sudah memenangi 24 gelaran Grand Slam dan bakal menjadi pemain pilihan di kejohanan itu nanti.

Begitupun, Djokovic masih belum mampu mara ke final sepanjang tahun ini selepas hanya terkandas di separuh akhir Terbuka Australia dan Monte Carlo Masters sebelum ini.

Dia tersingkir daripada Terbuka Rom pada pusingan ketiga oleh Alejandro Tabilo dari Chile hujung minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 11:58 AM