PEMANDU Ferrari, Charles Leclerc. FOTO Agensi
PEMANDU Ferrari, Charles Leclerc. FOTO Agensi
AFP

Imola, Itali: Pemandu Ferrari, Charles Leclerc ternyata cukup pantas dalam dua sesi ujian masa semalam menjelang perlumbaan Formula One (F1) Grand Prix Emilia Romagna, esok.

Leclerc mencatatkan masa terpantas bagi mengatasi dua pemandu lain dari McLaren, Oscar Piastri dan Yuki Tsunoda dari pasukan RB Team.

Lando Norris hanya mampu menamatkan sesi ujian masa di tangga ke-12, manakala pemandu pilihan, Max Verstappen sekadar di posisi ketujuh.

Kemampuan Leclerc berada di tangga pertama ujian masa itu menandakan jentera Ferrari semakin pantas di bawah penyelenggaraan jurutera, Bryan Bozzi.

Kegagalan Verstappen pada ujian masa itu nyata mengecewakannya dan dia mengakui ia bukan hari yang sempurna buat pasukannya.

"Hari ini adalah hari yang sukar buat kami. Jentera tidak berada pada keadaan terbaik dan saya sendiri merasai kurang selesa dengan jentera.

"Pemanduan di jalan lurus juga tidak sempurna. Banyak perkara perlu dibaiki segera sebelum turun pada perlumbaan sebenar nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 12:19 PM