LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Identiti tiga mangsa rentung dalam kebakaran membabitkan rumah dua tingkat di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, sudah dikenal pasti.

Difahamkan, tiga mangsa rentung berkenaan membabitkan pasangan suami isteri dan ibu kepada mangsa lelaki berkenaan iaitu Chin Seong Vui, 54, Lim Seong Chin, 52, serta Lee Kiu Moi, 84.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan, ketiga-tiga mangsa dikenal pasti warga tempatan.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 10.30 malam, semalam, tiga mangsa ditemukan rentung di ruang tamu rumah di tingkat bawah kediaman terbabit.

Caption : SANDAKAN…20 OGOS 2022.PIX HAZSYAH ABDUL RAHMAN

1.KEADAAN rumah dua tingkat didiami tiga mangsa rentung di Taman Rajawali, Sandakan, selepas terbakar.

#KW Kebakaran, Sandakan

From: H

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2022 @ 7:12 PM