PENCARIAN dilakukan terhadap Romy, tujuh tahun yang dipercayai lemas selepas bot dinaikinya terbalik. FOTO  MARITIM MALAYSIA
PENCARIAN dilakukan terhadap Romy, tujuh tahun yang dipercayai lemas selepas bot dinaikinya terbalik. FOTO MARITIM MALAYSIA
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama lima lagi penumpang karam di perairan Tanjung Batu, Sandakan, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, berdasarkan laporan, mangsa iaitu Romy Azlan, tujuh tahun, bersama keluarga menaiki bot terbabit dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang.

Menurutnya, bot dinaiki enam individu termasuk mangsa tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar objek terapung menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbalik.

"Lima mangsa berjaya menyelamatkan diri namun mangsa dilaporkan hilang.

"Susulan itu Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada 4 petang tadi bagi mengesan kanak-kanak berkenaan.

"Pangkalan Hadapan CARILAMAT turut diwujudkan bagi mengkoordinasi pencarian tersebut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya,Bot Peronda Banggi 14 dan Bot Kilat 8dari Zon Maritim Sandakan sudah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.

"CARILAMAT turut membantu pencarian Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot nelayan tempatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta berhubung secara terus kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Sandakan

ditalian 089-229504," katanya.

-Tamat-

Caption : SANDAKAN... 1OGOS 2023...PIX : MARITIM MALAYSIA

1.MARITIM MALAYSIA menjalankan pencarian.

From: H

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2023 @ 9:50 PM