Anggota polis mengeluarkan saman kenderaan yang menghalang lalulintas di sekitar Terminal Tun Sri Lanang di sini, malam tadi. FOTO IHSAN POLIS
Anggota polis mengeluarkan saman kenderaan yang menghalang lalulintas di sekitar Terminal Tun Sri Lanang di sini, malam tadi. FOTO IHSAN POLIS
Omar Ahmad


Kota Tinggi: Parkir kenderaan sehingga menghalang laluan menyebabkan 17 kenderaan disaman polis di sekitar Terminal Tun Sri Lanang di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Nik Azaham Nik Aziz berkata, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Kota Tinggi menerima aduan daripada orang awam berhubung kesesakan di lokasi.

Menurutnya, ramai pemandu parkir kenderaan di bahu jalan dan di kawasan yang tidak sepatutnya dengan suka hati.

"Mereka juga meletakkan kenderaan secara 'double parking'. Keadaan jnj menyusahkan kenderaan lain untuk keluar dan mengundang berlakunya kemalangan.

"Dalam operasi yang dijalankan, sebanyak 17 saman polis dikeluarkan atas kesalahan menghalang lalu lintas.

"Polis menasihatkan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan agar dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 3:07 PM