Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Hidayah Bahaudin


Ampang Jaya: "Adik ipar saya dua hari lalu ada maklumkan dekat isterinya bulan ini hari terakhir dia bekerja dan ingin pulang ke Teluk Intan tinggal bersama keluarganya namun tidak sangka kejadian ini berlaku."

Itu kata Jagen Perisamy, 45, abang ipar kepada A Mahendran, 36, iaitu seorang daripada mangsa yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini, semalam.

Mahendran difahamkan bekerja sebagai kontraktor yang dilantik Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan meninggal dunia selepas tertimbus dalam runtuhan itu ketika sedang bekerja.

Ketika kejadian itu, Jagen berada di rumahnya di Langkap, Perak dan sedang bermain dengan anak buah yang datang ke rumahnya.

Menurutnya, tiba-tiba isterinya keluar dari bilik menangis beritahu adiknya tertimbus dalam runtuhan tanah.

"Dia kemudian menghubungi rakan-rakan sekerja adiknya dan pada mulanya menyangka adiknya akan terselamat.

"Saya dimaklumkan ketika dibawa keluar dia (adik ipar) masih bernyawa dan sangka dia akan selamat.

"Namun ketika dalam perjalanan ke hospital diberitahu adik ipar sudah tiada dan saya tidak sangka kejadian ini berlaku," katanya.

Katanya, sebelum ini dia ada meminta adik iparnya itu pulang ke kampung dan bekerja di sini ketika mereka bertemu pada sambutan Thaipusam baru-baru ini.

"Kemudian isterinya ada memaklumkan adik ipar saya akan bekerja sehingga akhir bulan ini sahaja dan akan pulang dan tinggal di rumah mereka di Teluk Intan.

"Namun tidak sangka perancangannya tidak menjadi apabila maut dalam tanah runtuh," katanya.

Tambahnya, sebelum itu dia melihat kejadian tanah runtuh itu di aplikasi Tiktok dan pada mulanya tidak tahu adik iparnya terbabit.

"Selepas diberitahu isterinya baru saya menyedari dia salah seorang mangsa.

"Sepatutnya kami ingin membawanya pulang untuk urusan pengebumian di Perak namun tidak boleh setakat ini kerana doktor yang menjalankan bedah siasat baru memaklumkan dia ada Covid-19," katanya.

Kejadian tanah runtuh membabitkan 15 rumah di Taman Bukit Permai 2, di sini semalam, meragut empat nyawa manakala seorang cedera.

Berita berkaitan

Mangsa maut ditimbus tanah 1.5 meter: Bomba

Lebih 200 penghuni diarah kosongkan kediaman

Bunyi siren kuat jadi penyelamat

Identiti lima mangsa tanah runtuh dikenal pasti

Bantuan RM10,000 kepada waris mangsa tanah runtuh: MB

Kejadian tanah runtuh di Malaysia sejak 2021

Mayat kedua ditemukan di hadapan rumah, mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri [METROTV]

Anjing K9 digunakan cari 2 mangsa tertimbus

Mayat kedua mangsa tertimbus ditemukan

Pekerja Air Selangor lihat lori dinaiki rakan ditimbus tanah

'Berlaku 2 kali runtuhan' - Saksi

Mangsa kedua tertimbus disahkan meninggal dunia

5 mangsa tertimbus, 2 sudah ditemukan

'Sama-sama kita berdoa...' - PM

Mangsa kedua tertimbus berjaya dikeluarkan

3 tertimbus, runtuhan tanah hempap rumah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 2:04 PM