Suraya Roslan dan Nurul Hidayah Bahaudin

Ampang: Pasukan mencari dan penyelamat (SAR) kini menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan kedudukan dua lagi mangsa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, kesemua mangsa dipercayai cuba melarikan diri dan keluar daripada rumah namun gagal.

"Ia berdasarkan kedudukan mangsa seperti mangsa ketiga yang ditemui di kawasan luar di hadapan rumahnya.

"Ketika ini, kita sedang memindahkan halangan iaitu kenderaan dan sejumlah tanah yang dipercayai menimbus mereka," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Norazam berkata, operasi mencari dan menyelamat dua mangsa akan diteruskan tetapi sekiranya hujan ia akan dihentikan dan bersambung pagi nanti.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang hari ini. Foto Aizuddin Saad
Operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang hari ini. Foto Aizuddin Saad

Berita berkaitan

Mayat kedua mangsa tertimbus ditemukan

Pekerja Air Selangor lihat lori dinaiki rakan ditimbus tanah

'Berlaku 2 kali runtuhan' - Saksi

Mangsa kedua tertimbus disahkan meninggal dunia

5 mangsa tertimbus, 2 sudah ditemukan

'Sama-sama kita berdoa...' - PM

Mangsa kedua tertimbus berjaya dikeluarkan

3 tertimbus, runtuhan tanah hempap rumah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 12:27 AM