KEADAAN di sekitar kawasan perumahan selepas kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam di Taman Bukit Permai 2, Ampang hari ini. FOTO Bernama
KEADAAN di sekitar kawasan perumahan selepas kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam di Taman Bukit Permai 2, Ampang hari ini. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kegembiraan sebuah keluarga yang menyambut hari kelahiran A Magindran pada 16 Feb lalu, merupakan pertemuan terakhir selepas mangsa disahkan meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini, semalam.

Kakak kepada mendiang Magindran, A Devi, 40, hanya menyedari kejadian membabitkan adiknya itu pada kira-kira 10 malam tadi, selepas dimaklumkan kenalan adiknya bahawa Magindran terperangkap dalam tanah runtuh sewaktu bekerja.

"Selepas mendapat berita itu, saya terus menelefon Magindran tetapi tiada respons kemudian saya terus menelefon majikannya dan mereka mengesahkan Magindran antara mangsa yang tertimbus.

"Kali terakhir saya dan keluarga bertemu Magindran ialah pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada bulan lepas kerana dia bekerja di Kuala Lumpur manakala keluarganya menetap di Teluk Intan, Perak dan kami akan berjumpa dengannya hanya sebulan sekali," katanya kepada Bernama di Jabatan Forensik Hospital Ampang di sini, hari ini.

Devi berkata, pada sambutan ulang tahun kelahirannya, keluarga menghadiahkan mendiang sebentuk cincin emas dan itulah kenangan terakhirnya bersama mendiang.

Magindran yang bekerja dengan syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia sembilan tahun.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Jabatan Forensik Hospital Ampang di sini, mendapati suasana sugul dengan beberapa ahli keluarga mangsa yang tertimbus dalam tragedi berkenaan mula memasuki perkarangan bangunan itu mulai 9.10 pagi tadi.

Difahamkan empat mayat dalam tragedi runtuhan itu hanya dibenar dituntut waris setelah saringan pengesanan wabak Covid-19 dan proses bedah siasat dilakukan yang dijangka selesai pada kira-kira 2 petang ini.

Insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang di sini petang semalam meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.

Berita berkaitan

Mangsa maut ditimbus tanah 1.5 meter: Bomba

Lebih 200 penghuni diarah kosongkan kediaman

Bunyi siren kuat jadi penyelamat

Identiti lima mangsa tanah runtuh dikenal pasti

Bantuan RM10,000 kepada waris mangsa tanah runtuh: MB

Kejadian tanah runtuh di Malaysia sejak 2021

Mayat kedua ditemukan di hadapan rumah, mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri [METROTV]

Anjing K9 digunakan cari 2 mangsa tertimbus

Mayat kedua mangsa tertimbus ditemukan

Pekerja Air Selangor lihat lori dinaiki rakan ditimbus tanah

'Berlaku 2 kali runtuhan' - Saksi

Mangsa kedua tertimbus disahkan meninggal dunia

5 mangsa tertimbus, 2 sudah ditemukan

'Sama-sama kita berdoa...' - PM

Mangsa kedua tertimbus berjaya dikeluarkan

3 tertimbus, runtuhan tanah hempap rumah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 1:34 PM