Kesan daripada kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang hari ini. Foto Aizuddin Saad
Kesan daripada kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang hari ini. Foto Aizuddin Saad
Suraya Roslan dan Nurul Hidayah Bahaudin

Ampang: "Saya dengar bunyi dentuman kuat dan melihat tanah runtuh berhampiran rumah saya," kata penghuni di kawasan perumahan Taman Bukit Permai 2 di sini, yang mengalami tanah runtuh hari ini.

Azril Sham Mohamed, 50, berkata, dia baharu saja tiba di rumahnya dari tempat kerjanya di Bangi ketika kejadian pada 6 petang itu.

"Saya terus memanggil isteri dan anak supaya keluar untuk menyelamatkan diri ke kawasan selamat.

"Ketika kejadian, saya melihat dua kali runtuhan tanah berlaku disertai dengan hujan gerimis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia menetap di taman perumahan terbabit sejak 13 tahun lalu dan insiden tanah runtuh itu adalah kali pertama berlaku di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan lima individu dipercayai tertimbus dalam kejadian membabitkan 15 rumah di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, dua mangsa yang juga pasangan suami isteri berusia lingkungan 80-an berjaya dibawa keluar dengan mangsa wanita disahkan meninggal dunia pada 9.15 malam.

Berita berkaitan

Mangsa kedua tertimbus disahkan meninggal dunia

5 mangsa tertimbus, 2 sudah ditemukan

'Sama-sama kita berdoa...' - PM

Mangsa kedua tertimbus berjaya dikeluarkan

3 tertimbus, runtuhan tanah hempap rumah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2022 @ 10:45 PM