Nurul Hidayah Bahaudin


Ampang: Polis mengenalpasti identiti lima mangsa yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, empat mangsa yang disahkan maut ialah Chong Siew Kim, 85; E Ramasamy, 58; A Mahendran, 36; dan Mohd Saiful Ridzuan Ishak, 37.

"Seorang lagi mangsa yang cedera ialah Cheng Kim Cheng berusia 85 tahun yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

"Proses pengecaman semua mangsa yang meninggal dunia sudah dilakukan oleh ahli keluarga masing-masing dan bedah siasat masih berjalan ketika ini.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya akan menempatkan 30 pegawai dan anggota di lokasi kejadian bagi melakukan pemantauan susulan pengosongan kediaman oleh penghuni.

"Pembukaan pondok polis sementara ini di lokasi kejadian bagi memudahkan penduduk membuat laporan tanpa perlu hadir ke balai lain.

"Dengan adanya pondok polis ini, penduduk boleh membuat laporan dengan bantuan pegawai dan anggota yang berada di lokasi," katanya.

Berita berkaitan

Kejadian tanah runtuh di Malaysia sejak 2021

Mayat kedua ditemukan di hadapan rumah, mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri [METROTV]

Anjing K9 digunakan cari 2 mangsa tertimbus

Mayat kedua mangsa tertimbus ditemukan

Pekerja Air Selangor lihat lori dinaiki rakan ditimbus tanah

'Berlaku 2 kali runtuhan' - Saksi

Mangsa kedua tertimbus disahkan meninggal dunia

5 mangsa tertimbus, 2 sudah ditemukan

'Sama-sama kita berdoa...' - PM

Mangsa kedua tertimbus berjaya dikeluarkan

3 tertimbus, runtuhan tanah hempap rumah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 11:58 AM