Nurul Hidayah Bahaudin


Ampang: Ahli keluarga dan waris empat mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, di sini, semalam, akan menerima sumbangan RM10,000 bagi setiap mangsa daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya juga akan mempertimbangkan bantuan dan sumbangan kepada rumah lain yang turut terkesan dalam kejadian itu.

"Dalam kejadian ini, ada empat mangsa yang meninggal dunia dan kita akan beri RM10,000 kepada keluarga mereka. Untuk sumbangan membabitkan rumah yang terkesan dalam kejadian ini akan diperincikan nanti kerana keutamaan kita adalah keadaan semasa yang selamat.

"Kita akan umumkan bantuan dan sokongan lain nanti. Kalau ikut format sebelum ini, kita sumbang RM500 untuk keperluan tambahan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata, polis akan mewujudkan balai sementara di lokasi kejadian dan melakukan pemantauan 24 jam sehari bagi memantau situasi semasa.

"Polis akan wujudkan balai sementara dan penduduk terkesan boleh buat laporan terus di balai berkenaan.

"Penghuni di 48 rumah yang terjejas diharap dapat kosongkan kediaman dan jangan bimbang kerana polis akan melakukan rondaan hampir setiap masa," katanya.

Berita berkaitan

Kejadian tanah runtuh di Malaysia sejak 2021

Mayat kedua ditemukan di hadapan rumah, mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri [METROTV]

Anjing K9 digunakan cari 2 mangsa tertimbus

Mayat kedua mangsa tertimbus ditemukan

Pekerja Air Selangor lihat lori dinaiki rakan ditimbus tanah

'Berlaku 2 kali runtuhan' - Saksi

Mangsa kedua tertimbus disahkan meninggal dunia

5 mangsa tertimbus, 2 sudah ditemukan

'Sama-sama kita berdoa...' - PM

Mangsa kedua tertimbus berjaya dikeluarkan

3 tertimbus, runtuhan tanah hempap rumah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 11:51 AM