PENDUDUK melihat kemusnahan barangan selepas banjir surut di rumahnya di Kampung Bukit Gemuruh, Hulu Terengganu. FOTO Ghazali Kori.
PENDUDUK melihat kemusnahan barangan selepas banjir surut di rumahnya di Kampung Bukit Gemuruh, Hulu Terengganu. FOTO Ghazali Kori.
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Sebanyak 103 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka bagi menempatkan seramai 16,337 mangsa banjir di Terengganu setakat 4 petang hari ini.

Semua mangsa daripada 4,226 keluarga, dan jumlah itu menurun sedikit berbanding 17,507 mangsa (4,477 keluarga) pada 12 tengah hari.

Kemaman masih menjadi daerah yang mempunyai mangsa teramai dan satu-satunya daerah menunjukkan peningkatan kepada 8,734 orang daripada 2,209 keluarga. Mereka ditempatkan di 29 PPS.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu merekodkan pengurangan mangsa di 16 PPS di Hulu Terengganu dengan 2,626 mangsa (617 keluarga) berbanding 3,706 mangsa (805 keluarga) 21 PPS sebelum ini.

Turut berkurang kepada 108 keluarga membabitkan 431 mangsa di tujuh PPS di Besut, manakala di Setiu, jumlah mangsa yang terjejas seramai 403 orang daripada 117 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS.

Di Kuala Terengganu, seramai 498 mangsa terdiri daripada 130 keluarga berada di enam PPS.

Dalam pada itu, tiga daerah iaitu Dungun, Kuala Nerus dan Marang tidak menunjukkan pertambahan mangsa berbanding jam 12 tengah hari tadi.

Seramai 3,106 mangsa di 29 PPS di Dungun, Kuala Nerus (534 mangsa) dan Marang (lima mangsa)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2022 @ 5:53 PM