Sebuah lori penghantar surat khabar   terperesok di kawasan tanah runtuh yang ,  berlaku di Jalan Tranum, Raub, pagi ini. FOTO Ihsan Pembaca
Sebuah lori penghantar surat khabar terperesok di kawasan tanah runtuh yang , berlaku di Jalan Tranum, Raub, pagi ini. FOTO Ihsan Pembaca
Oleh RoselanAb Malek


Raub: Seorang pemandu lori membawa muatan akhbar terselamat walaupun kenderaannya terperosok selepas jalan dilalui runtuh pada kejadian berhampiran sebuah tokong di Jalan Bentong-Raub Lama, jam 7 pagi tadi.

Pemandu lori itu, Chia Keim Bong diselamatkan oleh orang awam sebelum dibawa ke Hospital Bentong.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub pada kenyataan berkata, runtuhan itu disebabkan hujan lebat yang melanda jam 11.30 malam semalam sehingga jam 3 pagi tadi.

Katanya, ia mengakibatkan jalan dan jambatan di Sungai Tras runtuh. Laluan berkenaan kemudiannya ditutup untuk semua kenderaan.

"Runtuhan itu membabitkan jalan sepanjang 20 meter, enam meter lebar dan sedalam lima meter.

"Orang ramai dinasihati menggunakan laluan alternatif. Pengguna dari Raub boleh menggunakan Jalan Bentong-Gua Musang dan Jalan Utama Mempaga ke Central Spine Road atau mengikut laluan Jalan Bentong-Raub Lama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Februari 2022 @ 4:15 PM