Polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang  memeriksa kenderaan ketika Op Bersepadu di Kilometer 8 Jalan Kuala Berang-Ajil, Hulu Terengganu. FOTO IHSAN POLIS
Polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang memeriksa kenderaan ketika Op Bersepadu di Kilometer 8 Jalan Kuala Berang-Ajil, Hulu Terengganu. FOTO IHSAN POLIS
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Sebanyak 70 kenderaan diperiksa dalam Op Bersepadu di Kilometer 8 Jalan Kuala Berang-Ajil, Hulu Terengganu, semalam.

Dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hulu Terengganu dan Jabatan Alam Sekitar (Jas) itu menyaksikan 75 individu termasuk 15 wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun diperiksa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, operasi itu bertujuan mengesan kesalahan trafik termasuk penguatkuasaan bunyi bising ke atas kenderaan.

Beliau berkata, pihaknya mengeluarkan 23 saman dalam operasi hampir tiga jam bermula 4 petang, yang diketuai Ketua BSPT Hulu Terengganu, Inspektor Zainon Abidin Ismail bersama lima anggota serta seorang pegawai dan lima anggota Jas.

"Antara kesalahan dilakukan adalah gagal menunjukkan lesen memandu, tiada perlindungan insurans, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan lampu brek.

"Selain itu, pihak Jas turut mengeluarkan dua kompaun, notis arah periksa (empat), Seksyen 48 (7) JAS (empat) dan uji meter (empat).

"Operasi berterusan akan dijalankan bagi memantau kesalahan trafik dan kami tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang dikesan melanggar undang-undang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 January 2022 @ 1:12 PM