PERAHU mangsa dijumpai di Sungai Kenyau semalam selepas dipercayai melanggar tiang jeti lama. FOTO Melvin Joni
PERAHU mangsa dijumpai di Sungai Kenyau semalam selepas dipercayai melanggar tiang jeti lama. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni


Sarikei: Seorang nelayan hilang ketika menangkap ikan di Sungai Kenyau, Batang Rajang, Tanjung Manis di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan lelaki berusia 37 tahun jam 10.55 malam selepas laporan dibuat oleh abang mangsa di Balai Polis Tanjung Manis.

"Mangsa dikatakan hilang di sungai selepas perahunya melanggar tiang jeti lama yang digunakan untuk memuatkan balak di sungai pada jarak 50 meter dari pantai.

"Kejadian berlaku semasa hujan lebat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan seawal jam 5.30 pagi hari ini, membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 10:54 AM