GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Samadi Ahmad


Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan menganjurkan solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat menjelang ketibaan tahun baru.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya menyarankan ia diadakan selepas solat Maghrib bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan untuk Malaysia khususnya warga Wilayah Persekutuan dalam menghadapi tahun baharu yang mendatang.

Katanya, umat Islam di Wilayah Persekutuan digalakkan berdoa supaya Allah SWT melimpahkan keamanan dan kemakmuran berpanjangan kepada Malaysia serta memelihara negara daripada segala musibah, bencana dan penularan wabak penyakit berbahaya.

"Zahirkanlah sifat kesyukuran atas nikmat kurniaan Allah SWT dengan mengekalkan suasana keharmonian, kesepaduan dan keprihatinan dalam kehidupan bermasyarakat," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Disember 2021 @ 3:27 PM