GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuantan: Semua masjid di Pahang diarah membaca Qunut Nazilah pada solat Jumaat secara berterusan mulai hari ini, bagi memohon Allah SWT melindungi penduduk negeri ini daripada wabak Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zulkifle Ali berkata, perkara itu mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilaksanakan.

"Pemangku Raja Pahang juga menitahkan supaya semua masjid dan surau di Pahang melaksanakan solat sunat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan zikir serta doa selepas solat maghrib setiap malam Jumaat," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Mei 2021 @ 11:13 AM