JASNI. FOTO Ihsan UPSI
JASNI. FOTO Ihsan UPSI
Amir Abd Hamid


Tanjung Malim: Penderitaan Jasni Ladin, seorang pesara kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, yang menghidap kanser hati tahap akhir, mendapat perhatian universiti yang tampil menghulurkan sumbangan.

Sumbangan di bawah Unit Kebajikan Staf itu disampaikan pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Prof Dr Ahmad Hashim diiringi Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff di rumahnya di Taman Samudera, Hulu Bernam, Selangor, baru-baru ini.

Md Amin berkata, sumbangan berjumlah RM1,000 daripada Tabung UPSI Prihatin itu sebagai tanda prihatin terhadap jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di universiti.

"Pihak universiti juga mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat beliau dan semoga sumbangan itu dapat meringankan sedikit beban keluarganya," katanya.

Jasni adalah bekas pensyarah FSSK serta pernah memegang jawatan sebagai penyelaras Pusat Sukan dan bersara dari UPSI pada 2005.

Sementara itu, Jasni mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan ingatan terhadap dirinya yang kini sedang menjalani rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Disember 2021 @ 7:20 PM