Laporan portal Harian Metro sebelum ini
Laporan portal Harian Metro sebelum ini
Ruwaida Md Zain

Klang: Seorang suspek yang disyaki terbabit dalam kes tetak pemberi pinjam wang (along) hingga mati di hadapan sebuah restoran di Lorong Batu Nilam 27A, Bandar Bukit Tinggi di sini, sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki itu ditahan di Jenjarom, Kuala Langat pada 6.30 petang hari ini.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 33 tahun itu tidak mengaku terbabit dalam kes terbabit.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan selepas permohonan reman di mahkamah esok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Shamsul Amar mengesahkan lelaki berusia 47 tahun ditetak selepas makan tengah hari bersama dua anak lelakinya.

Mangsa ditetak selepas ke keretanya kira-kira 30 meter di hadapan restoran itu.

Berita berkaitan

Buru 4 lelaki bunuh 'along'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 November 2021 @ 11:25 PM