Foto hiasan
Foto hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Seramai 3,656 daripada 5,589 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 memperoleh gred Maqbul hingga Mumtaz yang diumumkan hari ini.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, seramai 1,918 calon pula tidak layak dianugerahkan sijil STAM.

Menurutnya, calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (cemerlang) pada 2020 adalah seramai 442 orang (7.9 peratus).

"Kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) adalah 1,226 orang (22.0 peratus), manakala kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid (baik) 1,758 orang (31.5 peratus).

"Bagi kumpulan calon yang memperoleh sijil Maqbul pula seramai 230 orang (4.1 peratus)," katanya ketika sidang media pengumuman Sijil STAM, hari ini.

Pkharuddin berkata, jumlah calon yang memperoleh gred Mumtaz (cemerlang) bagi semua 10 mata pelajaran yang diduduki adalah seramai 27 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 10:57 AM