Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Seramai 3,823 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 memperoleh sijil pangkat Maqbul (lulus) hingga Mumtaz (cemerlang) menerusi pengumuman oleh Kementerian Pendidikan, hari ini.

Keputusan itu meningkat 2.9 peratus atau 310 calon berbanding 2013 dengan 3,513 pelajar yang menduduki peperiksaan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz pula menurun seramai 38 calon kepada 331 calon berbanding 369 calon pada tahun 2013.

Beliau berkata, calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) pula seramai 1,130 calon manakala, seramai 1,880 calon mendapat sijil pangkat Jayyid (baik).

"Selain itu, 482 calon pula memperoleh sijil Maqbul (lulus), manakala 2,212 calon lain pula tidak layak mendapat sijil," katanya pada sidang media pengumuman analysis keputusan STAM 2014 di sini, hari ini.

Katanya, 8,800 calon mendaftar untuk menduduki STAM 2014 berbanding 8,613 calon pada tahun sebelumnya iaitu meningkat seramai 187 calon.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 11:14 AM