GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Pelajar yang mendapat sijil pangkat Mumtaz (Cemerlang) pada Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 meningkat sebanyak 1.3 peratus atau 93 calon, iaitu 537 berbanding 444 pada 2015.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid (Baik) turut meningkat sebanyak 75 calon(0.3 peratus) iaitu 2,004 calon (31.3 peratus) tahun lalu berbanding 1,929 calon (31.0 peratus) pada 2015.

Sementara, calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) dan Maqbul (Lulus) pula, menunjukkan penurunan iaitu masing-masing sebanyak 58 calon (1.6 peratus) dan 35 calon (0.7 peratus).

"Ini bermakna jumlah calon yang berjaya memperoleh sijil STAM tahun lalu meningkat sebanyak 75 calon, iaitu 4,286 berbanding 4,211 calon pada 2015.

"Pada masa sama, calon yang tidak layak dianugerahkan sijil STAM juga meningkat sebanyak 106 calon (0.8 peratus) iaitu 2,108 calon (33 peratus) pada 2016 berbanding 2,002 calon (32.2 peratus) pada tahun 20 15," katanya.

Seramai 8,784 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM pada 2016 berbanding 8,982 calon pada 2015, iaitu berkurang sebanyak182 calon.

Menurutnya, secara keseluruhan, pencapaian calon peperiksaan STAM 2016 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 3.06 mata pada 2016 berbanding 3.08 mata pada 2015.

Ia berikutan jumlah calon yang berjaya memperoleh gred Mumtaz (Cemerlang) bagi semua sepuluh mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 26 calon (0.35 peratus) iaitu 80 calon (1.25 peratus) tahun lalu

berbanding 54 calon (0.87 peratus) pada 2015.

"Calon yang memperoleh minimum Gred Maqbul (tidak termasuk semua Gred

Mumtaz) menurun sebanyak 49 calon (1.12 peratus) iaitu 4,206 (65.78 peratus) pada 2016 berbanding 4,157 calon (66.91 peratus) pada 2015.

"Bilangan calon yangmemperoleh Gred Rasib (gagal) semua mata pelajaran yang diduduki juga meningkat sebanyak 16 calon (0.23 peratus) iaitu 130 calon (2.03 peratus) tahun lalu berbanding 114 calon (1.83 peratus) tahun sebelumnya,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 8:47 AM