SUSU tepung tanpa lemak dari Perancis yang dirampas di Pelabuhan Johor, semalam. FOTO Ihsan MAQIS
SUSU tepung tanpa lemak dari Perancis yang dirampas di Pelabuhan Johor, semalam. FOTO Ihsan MAQIS
Mary Victoria Dass

Pasir Gudang: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan sebuah kontena yang membawa 24,750 kilogram susu tepung tanpa lemak dari Perancis di Pelabuhan Johor, di sini, semalam.

Pengarah MAQIS Johor Hizzuan Hasim berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan pada jam 10.45 pagi terhadap kontena berkenaan dan mendapati nombor pentadbiran yang dinyatakan di dalam sijil kesihatan yang diikrar serta pada label bungkusan mengelirukan.

Menurutnya, kesemua barang dagangan yang membawa 24,750 kilogram susu bernilai RM306,931 ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian menggunakan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Mei 2021 @ 4:07 PM