TIGA lelaki cedera selepas alat pemadam api meletup di sebuah premis di Jalan Hussin Nordin, Taman Pearl di sini. FOTO Ihsan BOMBA PERAK
TIGA lelaki cedera selepas alat pemadam api meletup di sebuah premis di Jalan Hussin Nordin, Taman Pearl di sini. FOTO Ihsan BOMBA PERAK
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Tiga lelaki cedera termasuk seorang hampir putus kaki selepas alat pemadam api yang sedang diisi mereka meletup di sebuah premis di Taman Pearl, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh menerima panggilan kecemasan pada 5.09 petang tadi.

"Setibanya jentera bersama anggota di lokasi kejadian terdapat tiga mangsa mengalami kecederaan akibat terkena serpihan alat pemadam api dalam letupan itu.

"Salah seorang mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian kaki dan hampir putus," katanya.

Katanya, anggota bomba kemudian memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Mei 2021 @ 7:35 PM