ZOO Negara menyambut kelahiran harimau Malaya, Wira dan Hebat di Pusat Konservasi dan Pameran Giant Panda, Zoo Negara. FOTO Fariz Iswadi Ismail
ZOO Negara menyambut kelahiran harimau Malaya, Wira dan Hebat di Pusat Konservasi dan Pameran Giant Panda, Zoo Negara. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Dua harimau belang yang diberi nama Wira dan Hebat mendapat hidangan istimewa sempena ulang tahun kelahiran haiwan itu di Pusat Konservasi dan Pameran Giant Panda, Zoo Negara, di sini, semalam.

Wira dan Hebat dijamu daging beku yang dihias seperti kek di kandang mereka.

Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, nama Wira dan Hebat itu diilhamkan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

"Kami berbangga kerana dapat menjaga mereka dengan sihat dan kami akui harimau di Malaysia sudah hampir pupus.

"Sehingga kini, kami hanya tinggal 200 ekor saja harimau di Malaysia dan kami akan berusaha untuk membiakkan haiwan ini," katanya, ketika ditemui semalam.

Rosly berkata, mereka tidak mempunyai masalah menjaga harimau sebaik mungkin bermula dari disusukan sehingga makan lapan kilogram daging sehari.

"Dari segi kesihatan juga tiada masalah kerana pekerja kami berpengalaman. Mereka akan memeriksa najis haiwan pada setiap pagi, selain pihak veterinar yang membantu memastikan tahap kesihatan harimau.

"Sehingga kini, kami mempunyai lapan harimau iaitu enam dewasa dan dua anak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 11:19 AM