ARJUNAIDI MOHAMED
ARJUNAIDI MOHAMED
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Suspek utama kes pembunuhan Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM Malaysia, Nik Khatijah Nik Mud, 32, disambung reman selama enam hari sehingga Jumaat ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, reman pertama terhadap lelaki berkenaan tamat pada Ahad lalu.

"Ia (sambung reman) bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum ia dibawa untuk proses pendakwaan di mahkamah.

"Suspek itu tamat reman, Ahad lalu dan pada hari sama kita memohon reman disambung yang akan berakhir Jumaat ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis menahan suspek berusia 57 tahun itu bagi membantu siasatan kes bunuh mangsa yang ditemukan mati dengan kesan jerut pada lehernya di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang jam 8 pagi pada 8 Mac lalu.

Lelaki itu ditahan di sekitar Kajang, jam 8.45 malam pada hari sama.

Nik Khatijah adalah bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan berkhidmat di Ibu Pejabat IKRAM sejak 2013.

Berita berkaitan

Nik Khatijah selamat dikebumi malam tadi

[UPDATE] Suspek ditahan polis rakan sekerja Nik Khatijah

'Keluarga terkejut, sedih kejadian tragis wanita mati dijerut'

'Mangsa bunuh disahkan Pengurus Jabatan Advokasi Ikram'

'Wanita mati dijerut'

Siapa pandu kereta Nik Khatijah?

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 2:38 PM