Oleh Mohd Roji Kawi


Kuching: Jumlah mangsa banjir Sarawak menurun tengah hari ini dengan seramai 3,780 masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding seramai 4,247 pagi tadi.

Di daerah Kuching seramai 2,676 mangsa daripada 693 keluarga masih berada di 31 PPS.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, ia menurun seramai 177 orang berbanding 2,853 mangsa daripada 754 keluarga yang berada di 33 PPS di Kuching, pagi tadi.

Beliau berkata, di Samarahan keadaan banjir juga semakin pulih dengan hanya satu PPS masih dibuka berbanding tujuh pagi tadi.

"Jumlah mangsa banjir yang masih berada di PPS di Samarahan pada jam 12 tengah hari ini hanya seramai 29 orang daripada tujuh keluarga," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail berkata, di Serian pula masih kekal dengan 10 PPS yang menempatkan 1,068 mangsa daripada 310 keluarga.

"Di Miri pula hanya tinggal satu PPS yang menempatkan tujuh sekeluarga," katanya.

Tinjauan banjir ke lokasi Pekan Seniawan, Bau air mula surut sementara Kampung Seniawan Melayu, air masih naik.FOTO/NADIM BOKHARI
Tinjauan banjir ke lokasi Pekan Seniawan, Bau air mula surut sementara Kampung Seniawan Melayu, air masih naik.FOTO/NADIM BOKHARI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2021 @ 1:40 PM