DAZAR Suarman. FOTO arkib NSTP
DAZAR Suarman. FOTO arkib NSTP
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Bekas jurugambar sambilan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Biro Johor, Dazar Suarman, 71, meninggal dunia akibat kanser perut di rumahnya di Kampung Sungai Dulang Darat di sini, hari ini.

Allahyarham yang juga bekas anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghembuskan nafas terakhir di rumahnya kira-kira 11.30 pagi tadi.

Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai jurugambar sambilan NSTP pada 2000 hingga 2016 disahkan menghidap kanser perut sejak lima bulan lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Dulang Darat, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 2:35 PM