NOORASLINDA maut selepas motor yang ditunggang bersama bapa dirempuh sebuah kereta di Jalan Teluk Kumbar. FOTO Ihsan JBPM
NOORASLINDA maut selepas motor yang ditunggang bersama bapa dirempuh sebuah kereta di Jalan Teluk Kumbar. FOTO Ihsan JBPM
Zuhainy Zulkiffli

Bayan Lepas: Wanita berusia 26 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang bapanya dirempuh kereta berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Teluk Kumbar, di sini, pagi tadi.

Mangsa Nooraslinda Musa, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat parah di kepala manakala bapanya hanya cedera ringan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Zaiful Arif Mat Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.55 pagi.

Katanya, difahamkan kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghala ke Bayan Lepas dari Teluk Kumbar.

"Ketika (bomba) tiba di lokasi, didapati mangsa berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan raya sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki mereka dipercayai dilanggar kereta jenis Toyota Avanza dari arah belakang," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Pemandu kereta yang juga lelaki berusia 52 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau bagi tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2021 @ 5:21 PM