Dziyaul Afnan Abdul Rahman

Kangar: Seorang pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul seorang remaja di sebuah inap desa di Jejawi, tahun lalu.

Muhammad Rassul Aiman Zamri, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohammad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan mencabul ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah bilik inap desa di Jejawi pada 4 pagi, 9 Disember tahun lalu.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan disebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2017.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Mohd Hapiz Rajali.

SEORANG pembantu kedai makan lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas pertuduhan mencabul seorang remaja perempuan di Jejawi pada 9 Disember tahun lalu. FOTO Dziyaul Afnan Abdul Rahman
SEORANG pembantu kedai makan lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas pertuduhan mencabul seorang remaja perempuan di Jejawi pada 9 Disember tahun lalu. FOTO Dziyaul Afnan Abdul Rahman

Mohd Izham dalam permohonannya meminta agar mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 ke atas tertuduh berikutan kesalahan dilakukannya dianggap sebagai berat.

Bagaimanapun Mohd Hapiz dalam rayuannya memohon agar nilai jaminan dikurangkan kerana tertuduh hanya bekerja di kedai makan bapanya dan mempunyai lima lagi adik.

Ainul Shahrin kemudian menetapkan jaminan berjumlah RM4,000 dan seorang penjamin.

Sebutan semula kes pada 30 November depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 2:49 PM