ANTARA individu yang memandu dibawah pengaruh alkohol menerima padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya di sekitar daerah ini, di Petaling Jaya awal pagi tadi.
ANTARA individu yang memandu dibawah pengaruh alkohol menerima padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya di sekitar daerah ini, di Petaling Jaya awal pagi tadi.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Lima individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol menerima padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya di sekitar daerah ini, awal pagi tadi.

Operasi bermula pada 11 malam dan berakhir 3 pagi itu memeriksa 592 pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lima lelaki berusia 23 hingga 39 tahun terbabit didapati gagal ujian saringan pernafasan ketika pemeriksaan dijalankan.

"Polis turut mengeluarkan 48 saman atas pelbagai kesalahan trafik dilakukan pengguna jalan raya

"Sejak Op Alkohol dijalankan, lebih 400 individu ditahan kerana melakukan kesalahan berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, semua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Berdasarkan statistik, sejak operasi dijalankan mendapati berlaku penurunan berhubung kesalahan berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 3:26 PM