GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Amir Mamat


Melaka: Semua kontak rapat kepada tiga individu disahkan positif Covid-19 selepas menjalani rawatan di Hospital Kem Terendak, Sungai Udang pada 27 Ogos lalu, disahkan negatif wabak berkenaan.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Rahmad Mariman berkata, saringan dibuat ke atas 522 individu lain termasuk kakitangan di Hospital Kem Terendak itu disahkan negatif.

"Kami turut melakukan saringan terhadap semua individu pernah ditemui pesakit dan Alhamdulillah, semuanya negatif," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia peringkat negeri di Pasar Awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang, di sini, hari ini.

Pada 27 Ogos lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, tiga daripada lima kes positif baharu Covid-19 dilaporkan ketika itu dikesan membabitkan rakyat tempatan yang dirawat di Hospital Kem Terendak, Melaka.

Dua daripada mereka adalah kes saringan pra pembedahan, manakala seorang lagi kes saringan bergejala.

Bagaimanapun, kementerian terbabit masih menjalankan siasatan punca jangkitan, justeru masih terlalu awal untuk menyatakan ia sebagai satu lagi kluster jangkitan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2020 @ 6:41 PM