GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SERAMAI 109 individu dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif Covid-19 membabitkan anggota tentera yang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka pada 27 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua individu itu sudah disaring dan masih menunggu keputusan ujian Covid-19.

"Pada 27 Ogos lalu Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dimaklumkan mengenai kes positif Covid-19 dalam kalangan anggota di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, dua kes dikesan melalui saringan pra pembedahan dan satu kes adalah daripada saringan bergejala di hospital berkenaan," katanya alam kenyataan media perkembangan Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi kontak rapat yang sudah dikenal pasti saringan gejala dan pengambilan ujian pengesanan Covid-19 dijalankan.

"Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah diberikan kepada kontak rapat. Bagi individu yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan teruk, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi dan rawatan lanjut.

"Saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 5:24 PM