ANGGOTA bomba berjaya mengeluarkan tangan kanak-kanak berusia 3 tahun yang tersepit di pagar rumah di Permas Jaya. FOTO ihsan BOMBA
ANGGOTA bomba berjaya mengeluarkan tangan kanak-kanak berusia 3 tahun yang tersepit di pagar rumah di Permas Jaya. FOTO ihsan BOMBA
Omar Ahmad


ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak tiga tahun selepas tangannya tersepit pada jeriji pagar rumah di Permas Jaya, Johor Bahru, hari ini.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Timbalan Penguasa Bomba II, Tahrin Saat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.51 tengah hari.

Katanya, tujuh anggota bergegas ke lokasi bagi membantu mengeluarkan tangan kanak-kanak lelaki itu tanpa menggunakan peralatan khas.

"Anggota operasi mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan tangan kiri kanak-kanak yang tersepit pada pagar rumahnya itu.

"Ahli keluarganya terpaksa mendapatkan bantuan bomba selepas cubaan mengeluarkan tangan mangsa tersepit gagal," katanya mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 5:15 PM