KANAK-KANAK patah tangan selepas tersepit pintu lif. FOTO ihsan Bomba
KANAK-KANAK patah tangan selepas tersepit pintu lif. FOTO ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun apabila dia patah tangan kiri selepas tersepit pintu lif di Kondominium Bandar Sri Permaisuri, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 6.30 petang, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Komander Operasi Kanan JBPM Kuala Lumpur, Zulkifly Ramli berkata, pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan orang anggota.

Menurutnya, setibanya jentera di lokasi kejadian, terdapat seorang kanak-kanak perempuan tersepit di pintu lif dan mengalami patah tangan kiri.

"Anggota bomba bertindak mengumpil pintu lif tersebut menggunakan peralatan 'Rescue Spreader' dan menghantar mangsa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.59 petang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 8:22 PM